Saturday, 14 January 2017
Monday, 9 January 2017
10 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Pembelajaran Abad 21 merupakan isu pendidikan paling
trending di Malaysia untuk tahun 2015 hingga sekarang ini. Pelaksanaan
berperingkat bermula daripada penyediaan bilik kelas, susun atur dan keperluan
fizikal dalam bilik darjah abad 21, kemudian diteruskan dengan penyediaan rancangan
mengajar dan pelaksanaan PdP Abad 21. Saya kongsikan 10 contoh aktiviti
pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk pembelajaran abad 21. Semoga bermanfaat buat rakan guru ....
JOM CERIAKAN KELAS KITA
3 Perkara ni hendaklah diletakkan di dalam kelas kerana ia perkara asas. Banyak kelas yang menggunakan banner yang ditempah, dan ramai juga yang menjualnya dengan harga yang murah dan berpatutan.
Di sini admin tunjukkan contoh yang telah dikongsikan oleh Cikgu Mai Ismail, anda boleh save gambar dibawah, dan edit sendiri guna Power Point atau Publisher. Set ikut saiz A3 seeloknya, bila dah siap save as jpg dan hantar ke kedai buat banner..
E-Jawi TERBAIK BUAT GURU
Hari ini admin ingin berkongsi aplikasi yang
sangat berguna terutamanya untuk guru-guru Pendidikan Islam, aplikasi ini
dinamakan ejawi2u, iaitu sebuah
aplikasi android yang membantu anda dalam menterjemah tulisan RUMI ke JAWI.
Terdapat banyak aplikasi lain di playstore,
namun setelah dikaji dan diuji aplikasi ejawi2u paling tepat ejaannya
berdasarkan daftar kata jawi Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aplikasi ini juga sentiasa dikemaskini oleh
penciptanya iaitu ABU UBAIDAH BIN AHMAD dari SK TEMIN, JERANTUT PAHANG.
Bagi yang belum lagi memuat turun aplikasi ini
bolehlah install di Smartphone Android anda sekarang..
Sunday, 8 January 2017
TAKWIM PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN 2017
Tarikh Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017 seperti di bawah.
Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran Tahun 2017 seperti di bawah.