Pages

Sunday, 26 March 2017

Kamus Al Maany



Bagi mereka yang mencari-cari Kamus Bahasa Arab Online yang serba lengkap dengan bilangan kamusnya yang muktabar, ini adalah jawapan paling sesuai untuk mereka. laman ini bukan sahaja menyediakan kamus dalam Bahasa Arab, malah dipaparkan bahasa-bahasa utama dunia termasuklah Bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugal, Perancis dan lain-lain lagi termasuklah Bahasa Indonesia.

Salah satu lagi keistimewaan laman ini ialah menyediakan kamus-kamus dalam pelbagai bidang seperti Kamus Istilah Pertanian, Kamus Istilah Komputer, Kamus Istilah Kewangan/Perakaunan, Kamus Istilah Geografi, Kamus Istilah Perundangan, Kamus Istilah Matematik, Kamus Istilah Psikologi dan lain-lain lagi. Lebih menarik lagi kamus-kamus boleh dimuat turun secara percuma.

Selain itu, terjemahan dan tafsiran ayat-ayat suci Al Quran juga disediakan. Bentuk pencariannya juga adalah mudah bagi pengguna dan sangat cepat khsususnya bagi mereka yang memerlukan rujukan pantas.

Keistimewaan-keistimewaan lain yang disediakan dalam laman ini ialah Perkataan Seerti / Berlawanan, makna nama-nama manusia, fiqh Bahasa Arab, kata-kata hikmah yang cukup banyak dan berbagai-bagai lagi akses menarik disediakan kepada pengguna.

Sudah tentunya laman ini amat bermanfaat buat guru-guru bahasa mahu pun pelajar-pelajar. Segala dihujung jari anda dan kemudahan seperti ini seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Yang paling istimewanya kamus-kamus ini terdapat dalam apps yang boleh di install dalam smartphone masing-masing. Bukan itu sahaja, kamus-kamus boleh diakses tanpa memerlukan talian internet setelah di pasang dalam telefon.

Rasailah pengalaman baru ini dengan melayari http://www.almaany.com/


0 comments:

Post a Comment